KOTA KINABALU: Kabinet Sabah hari ini bersetuju dan meluluskan pertukaran nama dua kementerian.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dua kementerian itu ialah Kementerian Pertanian dan Perikanan, ditukar kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) serta Kementerian Pembangunan Perindustrian ditukar kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.
Menurutnya, pertukaran nama itu supaya objektif, fungsi dan peranan kementerian lebih jelas, khususnya mengenai keselamatan makanan dan kepentingan usahawan termasuk usahawan kecil dan sederhana.
"Selaras dengan rombakan Kabinet Negeri dan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan, kerajaan negeri juga telah memutuskan untuk menyelaraskan bidang kuasa setiap anggota Kabinet kepada kementerian-kementerian Persekutuan masing-masing di Sabah," katanya.
Susulan itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan berada di bawah bidang kuasa Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Persekutuan di bawah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Kementerian Kerja Raya Persekutuan di bawah Datuk Ir. Shahelmey Yahya manakala Kementerian Kewangan akan berada di bawah Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun.
Ketua Menteri berkata kerajaan negeri juga melantik pengerusi penganjur bagi pelbagai acara dan perayaan negeri iaitu Datuk Arifin Arif untuk Maulidur Rasul, Tilawah Al-Quran, Maal Hijrah dan Hari Raya Aidil Fitri; Datuk Seri Jeffrey Kitingan bagi Pesta Kaamatan.
Manakala untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dikelola Masidi Manjun serta Datuk Seri Christina Liew serta Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri diamanahkan kepada Joachim.
Astro Awani
Wed Feb 01 2023
Kabinet Sabah hari ini bersetuju dan meluluskan pertukaran nama dua kementerian.
Stability AI dilapor dalam perbincangan jual syarikat
Mengikut laporan, Stability AI telah kerugian lebih $30 juta, dan mempunyai hutang hampir $100 juta dari segi bil untuk membayar pelayan dan sebagainya.
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Tayar pecah punca nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS
Pemandu yang maut dikenal pasti sebagai Hoo Yoon Wah, 61 tahun.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Kabinet Sabah setuju dan luluskan pertukaran dua nama kementerian - Hajiji
Kabinet Sabah hari ini bersetuju dan meluluskan pertukaran nama dua kementerian.